"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. " Surah Al-Hujurat - Ayat 10

Friday 2 October 2009

Persembahan Qaryah

Assalamualaikum buat rakan helwa sekalian,

Seperti yang dijalankan pada tahun lepas, setiap Qaryah di Sheffield akan menghantar persembahan untuk di pertunjukkan di atas pentas ~ Warna Warni Muslimah 2009.

Wakil setiap Qariah untuk menguruskan setiap persembahan adalah seperti yang
tertera di bawah.

1. City Centre / Firth Park - Puan Zalilah Murni
2. Tinsley - Puan Asma
3. Darnall - Puan Roziani

Bolehla menghubungi mereka jika mahu turut serta

Jadi, tunggu apa lagi! Jom ramai2 kita turut serta... join persembahan. ..
Boleh buat apa saja persembahan. .. sebab dlm dewan tertutup tu cuma ada kita-kita aje...
kaum WANITA....


Agak-agaknya, persembahan apa yang nak dibuat ek? Huish... byk bakat2 terpendam kat Sheffield nih,Nak buat Tarian Zapin boleh, Mak Inang boleh, Jong2 Inai boleh,..

nak berbalas pantun? berdondang sayang?

umph... kalau ada yg berlakun pun... lagi syok... pantomen ke...semua boleh...

Oh ye... yg penting... semua persembahan tu... mestilah mengikut tema WWM 09 iaitu
Love and Peace...

Love and peace ni buat siapa?

Kasih sayang sesama saudara seagama, kasih sayang kepada negara dan bangsa, cintakan keamanan buat umat Islam dan manusia sejagat umumnya...


Dibawah ini adalah sedikit rules and regulations:

1. Setiap Qaryah perlu menghantar sekurang2 nya SATU persembahan
2. Masa yg diambil utk persembahan ialah 10 MINIT
3. Boleh menggunakan MP3 player utk penataan bunyi (tapi powerpoint tak boleh)
4. Mesti berdasarkan tema 'Love and Peace'

Oh ye, bagi yang membawa anak2... jgn bimbang... ada AJK khas yang akan menjalankan aktiviti berfaedah buat kanak2 (tunas taqwa!) di dalam bilik khas, dan juga ada playground kat luar dewan tuh...

Oleh itu, para ibu dapat buat performance yang 'tip top' tanpa gangguan...


Ayuh! apa lagi! WWM09 adalah khas utk warga helwa
Jommmmmmm ramai2!


Kasih tulus ikhlas,

Team WWM09

1 comments:

mamajannah said...

Tahniah....cantikkk blog ni..:) Jom kita memeriahkan WWM09:)